You are currently browsing the daily archive for 04/09/2009.

au_tp_pic2Saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Foo Yu Keong, pembantu khas Ketua Menteri P.Pinang. Dengan perbincangan yang diadakan pada 3.9.2009, beliau telah berjanji akan membantu penduduk untuk memberi khidmat nasihat dan masa yang sama akan membawa isu ini kepada Ketua Menteri YB Lim Guan Eng untuk tindakan selanjutnya. Saya juga setuju dengan beberapa perkara yang dibangkitkan melalui perbincangan dengan saudara Foo Yu Keong yang dijelaskan dibawah:

1. Satu pertemuan antara pemaju dan penduduk akan diaturkan secepat mungkin.

2. Satu Jawatankuasa Bertindak akan ditubuhkan untuk memantau dan segala pertanyaan atau isu akan dibawa oleh Jawatankuasa ini terus kepada Wakil Rakyat Kawasan Ayer Putih.

3. Satu pertemuan dan perbincangan akan diadakan dengan Polis berkenaan keselamatan kampung dan penduduk.

Dengan ini, saya dan penduduk berharap, pihak kerajaan negeri akan terus berjuang untuk menegakkan hak kami dengan memberi khidmat nasihat yang tak terhingga. Terima Kasih.

September 2009
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930